Salam
Dulu , masa aku form bawah , aku ada sorang ustazah . Nama ustazah tu , Ustazah Khadzimah . Dia aja aku Kemahiran Hidup . Ye kerrr ? Err , lupelah -,-
Dia selalu cakap , kalau nak jodoh baik , kena start doa dari sekarang . Time tu aku tingkatan 2 . Ustazah kenal dengan hasben dia , sebab family yang tolong match kan . Bile kteorg bebudak sekolah tgk ustazah bahagia dengan hasben dia , mulalah cakap nak soh family ah yang carikkan pasangan . Hahaha . Baru form two dah menggatal . Puih je.
Ustazah bagi kteorg doa .
Pengikat Kasih namanya .
Jom amalkan (:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .
Ya Allah .
Sesungguhnya Engkau Maga mengetahui bahawa hati hati ini ( Bayangkan muka org yang korang target)
Telah Berkumpul kerana MengasihaniMu ,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu ,
Bersatu memikul dakwahMu ,
Hati hati ini telahmengikat setia , untuk mendaulat dan menyokong syariahMu ,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya ,
Kekalkan kemesraan hati ini ,
Tunjukkan ia , jalan yang sebenar ,
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap ,
Lapangkanlah hati hati ini dengan ma'rifatMu ,
Jika engkau ingin mematikannya ,
matikanlah pemilik pemiliknya sebagai syuhada' ,
dalam perjuangan agamaMu ,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik baik penolong .
Amin . Amin . Amin .
Ni doa Rabitah dalam matsurat sebenanya . Semua dah hafalkan ? Jom amalkan . In sha allah , allah pemudah . Bagi kite pasangan baik . Amin (:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan